Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>>

Monday 22 January 2018

SENARAI TUGAS 2018

Pengerusi ( Guru Besar )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM peringkat
    sekolah.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan Program NILAM di peringkat sekolah berjalan dengan
   lancar.
5. Mengamati masalah, kelemahan dan kelebihan Program NILAM dan mengambil
    tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai untuk murid.
8. Menentukan pihak yang mengesahkan dan menandatangani  Buku Rekod
    Membaca NILAM.
9. Mengenalpasti guru untuk diberi kursus atau seminar berkaitan.
10. Meluluskan peruntukan kewangan.
Tindakan : Pengerusi
Timbalan Pengerusi ( Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Bertanggungjawab kepada Pengerusi menjalankan tugas Pengerusi semasa   
     ketiadaannya.
3. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,memantau dan menilai
    pelaksanaan Program NILAM.
4. Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang
    menyokong Program NILAM.
5. Menyimpan Rekod Pencapaian Bulanan pelajar pada hujung tahun.
Tindakan : Timbalan Pengerusi
Penyelaras Program ( Guru Perpustakaan )

1. Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.
2. Memberi taklimat kepada murid.
3. Mengagihkan buku pinjaman kelompok.
4. Menyedia dan melaporkan analisis koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber
    Sekolah.
5. Mengurus pembelian buku PSS berasaskan keperluan dan sistem pembelian
    sekolah.
6. Menyelaraskan aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM yang
    dirancang oleh setiap panitia.
7. Menyelaras pengurusan data (pengumpulan, pengisian dan analisis).
8. Membentang laporan pencapaian NILAM di peringkat sekolah.
Tindakan : Penyelaras Program

Setiausaha

1. Membantu Penyelaras melaksanakan program NILAM peringkat sekolah.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal berkaitan.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
4. Mengedarkan buku rekod bacaan pelajar kepada guru kelas.
5. Menganalisis data pencapaian keseluruhan murid
6. Membantu Penyelaras Program menyediakan laporan peringkat sekolah
Tindakan : Setiausaha
Ketua Panitia

1. Membantu pemilihan bahan bacaan.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
3. Membuat anggaran perbelanjaan Program NILAM.
4. Menyelia pelaksanaan Program NILAM.
Tindakan : Ketua Panitia 
Guru Kelas

1. Mengesah dan menandatangani buku rekod bacaan.
2. Membuat pinjaman kelompok buku dari Pusat Sumber Sekolah.
3. Menggalak dan membimbing murid membaca.
4. Menyediakan sudut bacaan di dalam kelas.
5. Mengemaskini Rekod Pencapaian Bulanan setiap muridnya.
6. Mengisi data bacaan bulanan dan menyerahkan data tersebut kepada guru data
    NILAM.
7.Menyimpan analisis pencapaian bulanan setiap muridnya.
8. Menyedia & mempamerkan data bacaan murid di papan kenyataan kelas.
9. Mencatat rekod bacaan terkini pelajar dalam :
    - PAJSK
    - Sijil berhenti sekolah
    - Surat akuan sekolah
Tindakan : Guru Kelas 
Guru Nilam Aliran (Tahap 1 & 2)

1. Membantu guru kelas dan guru pembimbing dalam program galakan membaca.
2. Memantapkan dan memantau aktiviti membaca yang menyokong Program NILAM
    yang telah dirancang.
3. Mengambil tindakan selepas pembentangan laporan.
4. Mengumpul rekod Nilam.
5. Mengedarkan borang data NILAM kelas setiap bulan kepada guru kelas.
6. ‘Key-in’ data pembacaan tiga bulan sekali. Data tersebut akan dihantar ke PKG Bayan Lepas.
7. Mencetak borang data NILAM setiap bulan dan kelas.
8. Menyedia sistem fail NILAM.
9. Menjadi urusetia Anugerah NILAM peringkat sekolah.

Tindakan : Guru Data Nilam

Saturday 29 July 2017

KEM INTEGRASI MALAYSIA - THAILAND


Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya, Pulau Pinang dengan kerjasama MIT (Malaysia-Indonesia-Thailand) Organisation telah mengadakan kem integrasi pada 21 hingga 23 Julai 2017 yang melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Kem tersebut diadakan di Sekolah Wangdee, Songkhla, Thailand dan kawasan sekitarnya. Program ini turut disertai beberapa sekolah seperti SK Bayan Lepas 2, SK Balik Pulau, SK Sungai Batu, SK Seri Permai, SJKC Sacred Heart dan SJKC Chung Shan.
             Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan bermakna dalam bidang pendidikan, memahami budaya masyarakat ketiga-tiga negara, memperluas minda dan mendapat pengalaman baharu serta pendedahan mengenai budaya dan cara hidup masyarakat di Thailand. SK Bayan Lepas 2 telah disertai oleh 13 orang murid dan lapan orang guru pengiring termasuk Guru Besar.

21 Julai 2017

            Pada jam 5.30 pagi, semua peserta, guru pengiring, dan pegawai PPD telah berkumpul di perkarangan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Selepas mendengar taklimat daripada pegawai PPD Encik Izemar, delegasi yang terlibat bergerak ke bas masing-masing mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Pada jam 6.00 pagi, semua peserta memulakan perjalanan menuju ke Imigresen Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. Sebaik sahaja jam 12.00 tengah hari, semua urusan berkenaan dokumen dan pasport ke negara Thailand telah selesai. Kemudian, kami menuju ke Restoran Chalee D’Hatyai di Hatyai untuk hidangan tengah hari.
** 

            Selesai makan tengah hari, delegasi dari Malaysia terus bergerak ke Sekolah Wangdee, Songkhla untuk majlis perasmian kem integrasi ini. Kehadiran wakil peserta dari Malaysia disambut dengan meriah oleh pihak tuan rumah, Thailand. Majlis perasmian bermula pada jam 2.00 petang waktu tempatan. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tuan rumah seterusnya disusuli dengan ucapan wakil delegasi Indonesia dan Malaysia. Kemudian, gimik perasmian turut diadakan oleh barisan wakil pentadbir dari setiap negara. Acara perasmian kem integrasi ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan yang menarik oleh kanak-kanak cilik negara Thailand.

**

            Sebaik sahaja selesai acara perasmian, semua peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah berkumpuldan dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti yang seterusnya. Aktiviti berkumpulan yang pertama dijalankan bertempat di General Prem Tinsulanonda Historical Park. Di situ, murid-murid akan mengenal sejarah sistem pemerintahan beraja di Thailand dan tokoh-tokoh terdahulu yang memerintah negara ini. Bukan sekadar memerhati dan melihat maklumat serta info di muzium ini, murid-murid juga turut diterangkan dengan lebih lanjut oleh fasilitator. Bahasa perantaraan yang digunakan ialah bahasa Inggeris. Selepas selesai aktiviti di muzium, murid bergerak pula ke Mangrove Forest untuk aktiviti yang seterusnya. Setiap peserta akan dibekalkan bersama modul latihan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Apabila selesai sahaja aktiviti, murid-murid akan menjawab soalan atau kuiz berkaitan aktiviti dengan menggunakan modul yang disediakan.

**

            Selepas selesai aktiviti dalam kumpulan pada petang tersebut, semua peserta dan guru pengiring pulang ke bilik penginapan masing-masing. Sekitar jam 6.00 petang, semua peserta bergerak ke dewan makan untuk hidangan makan malam. Pada jam 7.00 malam pula, semua delegasi dari Malaysia, Indonesia dan tuan rumah, Thailand bergerak ke dewan program untuk persembahan malam kebudayaan. Pelbagai pertunjukan dan persembahan yang telah dipersembahkan oleh wakil murid bagi ketiga-tiga buah negara pada malam tersebut. Semua tetamu dan peserta yang hadir berasa sangat terhibur.

**

22 Julai 2017

            Aktiviti kem pada hari kedua dimulakan dengan acara senaman pagi di sekitar kawasan Historical Park. Kemudian, para peserta akan berada di dalam kumpulan yang telah dibahagikan untuk menaiki bas menuju ke Folklore Museum di sekitar kawasan Songkhla untuk aktiviti berikutnya. Di muzium tersebut, murid-murid akan mempelajari tentang sejarah Thailand dan aktiviti tradisional masyarakat di Thailand.

            Selepas itu, para peserta bersama fasilitator bergerak pula ke Weaving Shop untuk mempelajari seni kraftangan masyarakat Thailand. Murid-murid begitu terhibur dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga turut belajar cara menenun kain songket Thailand yang dipakai untuk upacara rasmi negara itu.

**

            Sebaik sahaja selesai aktiviti berkumpulan di lokasi yang dilawati, para peserta bergerak ke Pantai Samila yang terkenal di Songkhla. Di pantai tersebut, semua peserta menikmati makan tengahhari yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Murid-murid dan guru pengiring juga turut mengambil peluang untuk melawat sekitar kawasan tersebut di samping membeli barang-barang perhiasan yang menarik dijual di pantai itu.

            Pada jam 4.00 petang waktutempatan pula, guru pengiring dan murid-murid bergerak ke Klonghae Floating Market yang terletak di Hatyai. Di situ, murid-murid dan guru berpeluang untuk menikmati makanan-makanan yang unik, sedap dan menarik. Pelbagai jenis barangan yang murah dan berkualiti juga turut dijual di pasar tersebut. Tidak hairan jika pasar terapung tersebut menjadi tumpuan pelancong yang datang melawat negara ini. Selepas selesai membeli-belah, para peserta pulang ke bilik penginapan masing-masing dengan menaiki bas yang disediakan.
 **

            Pada sebelah malam, diadakan pula slot aktiviti dalam kumpulan di dewan program tersebut.  Dalam slot ini, beberapa orang wakil murid dari setiap negara akan memberikan komen dan pendapat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Bukan itu sahaja, sesi pertukaran hadiah bagi setiap murid dengan peserta dari negara yang berlainan juga turut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan perkenalan dalam kem ini.

**


23Julai 2017

            Pada pagi hari ketiga iaitu hari terakhir kem integrasi ini, semua wakil bagi setiap delegasi berada di dewan program untuk majlis penutupan Kem Integrasi Malaysia, Indonesia dan Thailand. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil setiap negara dan diserikan dengan tayangan video aktiviti yang telah dijalakan sepanjang kem ini berlangsung. Sesi pertukaran cenderamata bagi setiap negara juga turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan ingatan. Seterusnya, setiap sekolah dan negara bergambar bersama-sama dengan wakil tuan rumah sebelum program melabuhkan tirainya pada hari tersebut.

**

            Tepat jam 12.00 tengah hari, peserta delegasi dari Malaysia berangkat pulang ke Malaysia. Dalam perjalanan tersebut, para pegawai, guru-guru dan murid-murid mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Plaza Hatyai dan kawasan untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

            Selepas selesai urusan berkenaan dokumen dan pasport di imigresen sekitar jam 5.00 petang, para peserta terus bergerak pulang ke Pulau Pinang, Pada jam 10.00 malam, rombongan kem selamat tiba semula di Perkarangan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

**

7.0       PENUTUP


            Menjadi harapan agar murid-murid sekolah rendah daerah Barat Daya dapat mempelajari kebudayaan dan cara hidup masyarakat Thailand dan mampu membanding beza kebudayaan Malaysia. Pengalaman silang budaya yang dipelajari dapat menambah pengalaman murid-murid serta meningkatkan kualiti kemenjadian murid-murid di setiap sekolah.