Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>>

Tuesday 22 November 2016

PROGRAM JAYA WARIS


Pendahuluan

Program ini diadakan khas untuk para ibubapa dan murid-murid tahun  5 bagi persediaan awal untuk UPSR tahun 2017. Program ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada ibubapa berkaitan peningkatan kecemerlangan akademik mereka berpandukan PKSR 2/2016.Untuk bakal murid tahun 6 sesi 2017, akan ditekankan tentang motivasi, strategi dan kemahiran belajar berkesan sebagai persediaan bagi menghadapi UPSR.

Rasional

SK Bayan Lepas 2 erasakan perlu diadakan program ini untuk memberi kesedaran pada ibubapa tentang pentingnya peranan yang harus dipikul bagi setiap keluarga dalam mencorak kejayaan anak mereka kearah kecemerlangan sahsiah dan akademik yang seimbang berlandaskan falsafah pendidikan yang murni.

Justeru itu, program ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi prestasi murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti selaras dengan falsafah pendidikan Negara kearah wawasan 2020.

Objektif
  1. Merapatkan hubungan dua hala  ibu bapa dengan pihak sekolah.
  2. Supaya ibu bapa lebih memahami inspirasi atau matlamat sekolah terhadap anak mereka.
  3. Mengembleng usaha ibu bapa dan guru-guru dalam menangani setiap permasalahan yang timbul dalam pembelajaran anak mereka.
  4. Ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam melaksanakan beberapa program ke rah peningkatan akademik seterusnya memperolehi eputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak.
  5. Menyedarkan murid akan tanggungjawab mereka terhadap pentingnya membentuk sahsiah diri dan prestasi yang tinggi dalam akademik hususnya UPSR.
  6. Meningkatkan pencapaian 6A dalam  UPSR  dan pencapaian keseluruhanSekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2


Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Shahrizal bin Abd Hamid, pada pukul 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Pn. Aifaa Hazwani bt Mukhtar Affandi. Selepas itu, sesi taklimat bermula yang telah disampaikan oleh Guru Besar , Pn Hanzaneza bt Abd Hamid. Sesi Taklimat  ini berakhir pada pukul 9.50 pagi. Taklimat yang disampaikan oleh Pn. Guru Besar ini ini berkaitan tip-tip untuk menjana kejayaan anak-anak. Banyak tayangan berbentuk ‘power point’ di berikan sepanjang sesi ini berlangsung bagi menarik minat para pendengar. Selain itu, Guru Besar juga turut menyentuh tentang tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak mereka dari segi jasmani dan rohani.Selepas sesi taklimat daripada guru besar, majlis diteruskan lagi dengan majlis waris bertemu dengan guru kelas (luahan hati ke hati) dan serahan modul untuk dijadikan platform atau latihan untuk anak-anak didik tahun 5 sebagai langkah pertama untuk mengahadapi UPSR 2017.




Friday 4 November 2016

PROGRAM MELUKIS & MEWARNA SEMPENA ANTI DADAH

ANJURAN
Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling

OBJEKTIF / TUJUAN
  1. Mencungkil bakat murid dalam melukis poster.
  2. Meningkatkan minat dan kecenderungan murid dan guru terhadap Pendididkan Seni dan kesedaran terhadap Pendidikan Moral.
  3. Memantapkan pengetahuan murid dalam isu-isu yang berkaitan dengan unsur nilai- nilai dan norma-norma kehidupan.  

Seramai 8 orang murid India yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral di SK Bayan Lepas 2 telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Aktiviti berjalan dengan lancar. Kesemua murid menerima hadiah cenderahati selepas berakhirnya aktiviti. 

Friday 23 September 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN


OBJEKTIF
  1. Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme
  2. Mencungkil bakat murid.
  3. Menguji pengetahuan am murid-murid
  4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid.
  5. Mengetahui dan menilai kepekaan murid-murid terhadap perkembangan isu semasa.
  6. Membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.
  7. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman masyarakat tradisional daripada luput di telan zaman. 

            Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah wajib dilaksanakan di setiap sekolah. Semasa program ini dilaksana di SKBL 2, saya melihat beberapa perkara yang mendatangkan manfaat hasil dari program tersebut. Komitmen murid adalah sangat tinggi semasa program ini dilaksanakan. Hal ini kerana pengisian dalam program ini sangat menarik dan di tambah dengan peneguhan positif iaitu pemberian hadiah di akhir program kepada murid yang dapat menjawab soalan dari kuiz yang di kemukakan. Ini bagi menghargai komitmen murid dalam program ini kerana kesungguhan dan minat murid terhadap apa yang telah disampaikan.
Semua guru yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran pada waktu itu mengambil bahagian untuk mengikuti sambutan kemerdekaan tersebut di samping mengawal kelas masing-masing mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ketepatan masa, keselarasan mengumpulkan murid-murid di lokasi yang telah ditetapkan dan kawalan murid semasa perlaksanaan program adalah sangat bersistematik. Ini memudahkan kelancaran program ini dari awal sampai berakhirnya program ini.


Thursday 25 August 2016

PAMERAN BERTEMA : BULAN KEMERDEKAAN


OBJEKTIF / TUJUAN
  1.  Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
  2. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
  3. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
  4. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.


LAPORAN AKTIVITI

            Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan telah diadakan di Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 sepanjang bulan kemerdekaan . Pameran ini memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sejarah kemerdekaan. Aktiviti yang diadakan ialah sudut maklumat serta bergambar bagi maklumat kemerdekaan. Sambutan daripada guru-guru dan murid-murid amat menggalakkan dengan penglibatan murid melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PSS. Secara tidak langsung memberi pembelajaran kendiri melalui literasi maklumat di sudut pameran yang disediakan.



Wednesday 27 April 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE


Bermula pada tahun 2014 ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan subjek Sejarah kepada murid tahun 4 di seluruh Malaysia. Proses pembelajaran subjek Sejarah bukan sahaja boleh berlaku dalam pembelajaran  dan pengajaran di dalam kelas semata-mata. Guru juga boleh mempelbagaikan proses pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar untuk membantu murid menimba sesuatu pengalaman baru khususnya mengenai ilmu keselamatan dan sejarah Negara.

            Sepertimana yang sedia maklum, Panitia Sejarah SK Bayan Lepas 2 mengambil inisiatif mengadakan lawatan sambil belajar ke Rumah Kelahiran P. Ramlee serta Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) yang merupakan pengalaman baru kepada mereka mengenai sejarah Pertubuhan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).
           
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
21 April 2016 (Rabu)
8.00 pagi
Berkumpul di sekolah
-       Sarapan pagi
8.30 pagi
Bertolak ke Persatuan Melayu Pulau Pinang
9.30 pagi
Tiba di tempat lawatan.
·         Rumah Kelahiran P. Ramlee
11.30 petang
·         Persatuan Melayu Pulau Pinang
2.00 petang
Bertolak pulang ke sekolah
3.00 petang
Tiba di SK Bayan Lepas 2





Friday 15 April 2016

KEMAHIRAN LITERASI


1.    KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
  • Lokasi bahan
  • Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
  • Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
  • Bahan-bahan Bukan bercetak .


2.    KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
  •    Penggunaan lembaran pengurusan grafik
  •    Membanding beza
  •   Membuat ramalan dan sebagainya


3.    KEMAHIRAN BELAJAR
  •        Membaca
  •        Teknik mencatat Nota


4.    KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
  • Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
  • Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
  • Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.


5.    KEMAHIRAN ICT
  • ·         Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
  • ·         Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
  • ·         Menggunakan perisian-perisian multimedia.

Friday 1 April 2016

PENGENALAN : SEJARAH PSS SKBL2





  • Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 mula dibina sekitar tahun 2006
  • Tapak asal bangunan ini ialah bekas tapak sawah dan paya bakauSebahagian besar tanah milik Allahyarhamah Dato’ Kailanibu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan anak jati kawasan Bayan LepasPulau Pinang
  • Pusat sumber telah dibina bersama pada tahun tersebut di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan
  • Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas telah siap sepenuhnya pada tahun 2009
  • Pada Januari 2010, SKBL2 mula beroperasi dengan kemasukan murid seramai 148 orang murid dan 14 orang guru
  • Penyelaras pusat sumber yang pertama di SK Bayan Lepas 2 ialah PnNorsharina Binti Mohd Mahidzir sehingga kini.