Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>>

Thursday 25 August 2016

PAMERAN BERTEMA : BULAN KEMERDEKAAN


OBJEKTIF / TUJUAN
  1.  Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
  2. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
  3. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
  4. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.


LAPORAN AKTIVITI

            Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan telah diadakan di Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 sepanjang bulan kemerdekaan . Pameran ini memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sejarah kemerdekaan. Aktiviti yang diadakan ialah sudut maklumat serta bergambar bagi maklumat kemerdekaan. Sambutan daripada guru-guru dan murid-murid amat menggalakkan dengan penglibatan murid melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PSS. Secara tidak langsung memberi pembelajaran kendiri melalui literasi maklumat di sudut pameran yang disediakan.