- Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 mula dibina sekitar tahun 2006.
- Tapak asal bangunan ini ialah bekas tapak sawah dan paya bakau. Sebahagian besar tanah milik Allahyarhamah Dato’ Kailan, ibu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan anak jati kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang.
- Pusat sumber telah dibina bersama pada tahun tersebut di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.
- Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 telah siap sepenuhnya pada tahun 2009.
- Pada 4 Januari 2010, SKBL2 mula beroperasi dengan kemasukan murid seramai 148 orang murid dan 14 orang guru.
- Penyelaras pusat sumber yang pertama di SK Bayan Lepas 2 ialah Pn. Norsharina Binti Mohd Mahidzir sehingga kini.
No comments:
Post a Comment