Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>>

Friday, 23 September 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN


OBJEKTIF
  1. Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme
  2. Mencungkil bakat murid.
  3. Menguji pengetahuan am murid-murid
  4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid.
  5. Mengetahui dan menilai kepekaan murid-murid terhadap perkembangan isu semasa.
  6. Membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.
  7. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman masyarakat tradisional daripada luput di telan zaman. 

            Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah wajib dilaksanakan di setiap sekolah. Semasa program ini dilaksana di SKBL 2, saya melihat beberapa perkara yang mendatangkan manfaat hasil dari program tersebut. Komitmen murid adalah sangat tinggi semasa program ini dilaksanakan. Hal ini kerana pengisian dalam program ini sangat menarik dan di tambah dengan peneguhan positif iaitu pemberian hadiah di akhir program kepada murid yang dapat menjawab soalan dari kuiz yang di kemukakan. Ini bagi menghargai komitmen murid dalam program ini kerana kesungguhan dan minat murid terhadap apa yang telah disampaikan.
Semua guru yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran pada waktu itu mengambil bahagian untuk mengikuti sambutan kemerdekaan tersebut di samping mengawal kelas masing-masing mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ketepatan masa, keselarasan mengumpulkan murid-murid di lokasi yang telah ditetapkan dan kawalan murid semasa perlaksanaan program adalah sangat bersistematik. Ini memudahkan kelancaran program ini dari awal sampai berakhirnya program ini.