Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>> Selamat datang ke Pusat Sumber SK Bayan Lepas 2 .. Membaca Nadi Ilmu >>>>

Tuesday, 22 November 2016

PROGRAM JAYA WARIS


Pendahuluan

Program ini diadakan khas untuk para ibubapa dan murid-murid tahun  5 bagi persediaan awal untuk UPSR tahun 2017. Program ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada ibubapa berkaitan peningkatan kecemerlangan akademik mereka berpandukan PKSR 2/2016.Untuk bakal murid tahun 6 sesi 2017, akan ditekankan tentang motivasi, strategi dan kemahiran belajar berkesan sebagai persediaan bagi menghadapi UPSR.

Rasional

SK Bayan Lepas 2 erasakan perlu diadakan program ini untuk memberi kesedaran pada ibubapa tentang pentingnya peranan yang harus dipikul bagi setiap keluarga dalam mencorak kejayaan anak mereka kearah kecemerlangan sahsiah dan akademik yang seimbang berlandaskan falsafah pendidikan yang murni.

Justeru itu, program ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi prestasi murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti selaras dengan falsafah pendidikan Negara kearah wawasan 2020.

Objektif
  1. Merapatkan hubungan dua hala  ibu bapa dengan pihak sekolah.
  2. Supaya ibu bapa lebih memahami inspirasi atau matlamat sekolah terhadap anak mereka.
  3. Mengembleng usaha ibu bapa dan guru-guru dalam menangani setiap permasalahan yang timbul dalam pembelajaran anak mereka.
  4. Ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam melaksanakan beberapa program ke rah peningkatan akademik seterusnya memperolehi eputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak.
  5. Menyedarkan murid akan tanggungjawab mereka terhadap pentingnya membentuk sahsiah diri dan prestasi yang tinggi dalam akademik hususnya UPSR.
  6. Meningkatkan pencapaian 6A dalam  UPSR  dan pencapaian keseluruhanSekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2


Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Shahrizal bin Abd Hamid, pada pukul 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Pn. Aifaa Hazwani bt Mukhtar Affandi. Selepas itu, sesi taklimat bermula yang telah disampaikan oleh Guru Besar , Pn Hanzaneza bt Abd Hamid. Sesi Taklimat  ini berakhir pada pukul 9.50 pagi. Taklimat yang disampaikan oleh Pn. Guru Besar ini ini berkaitan tip-tip untuk menjana kejayaan anak-anak. Banyak tayangan berbentuk ‘power point’ di berikan sepanjang sesi ini berlangsung bagi menarik minat para pendengar. Selain itu, Guru Besar juga turut menyentuh tentang tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak mereka dari segi jasmani dan rohani.Selepas sesi taklimat daripada guru besar, majlis diteruskan lagi dengan majlis waris bertemu dengan guru kelas (luahan hati ke hati) dan serahan modul untuk dijadikan platform atau latihan untuk anak-anak didik tahun 5 sebagai langkah pertama untuk mengahadapi UPSR 2017.




Friday, 4 November 2016

PROGRAM MELUKIS & MEWARNA SEMPENA ANTI DADAH

ANJURAN
Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling

OBJEKTIF / TUJUAN
  1. Mencungkil bakat murid dalam melukis poster.
  2. Meningkatkan minat dan kecenderungan murid dan guru terhadap Pendididkan Seni dan kesedaran terhadap Pendidikan Moral.
  3. Memantapkan pengetahuan murid dalam isu-isu yang berkaitan dengan unsur nilai- nilai dan norma-norma kehidupan.  

Seramai 8 orang murid India yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral di SK Bayan Lepas 2 telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Aktiviti berjalan dengan lancar. Kesemua murid menerima hadiah cenderahati selepas berakhirnya aktiviti.